SK Taman Perling: pengurusan
...::::SYABAS DAN TAHNIAH SK TAMAN PERLING JB KERANA TERPILIH OLEH JPN JOHOR UNTUK MELAKSANAKAN SEKOLAH RINTIS TAHUN 2009 DENGAN FOKUS KEPADA SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI MS ISO 9001: 2008 ::::.....

...::: PANORAMA SKTP :::...

..:: PENDAFTARAN ON LINE PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 ::..

..:: PENDAFTARAN ON LINE PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 ::..
TEKAN DI SINI
Memaparkan catatan dengan label pengurusan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengurusan. Papar semua catatan

Sabtu, 10 Julai 2010

PENYERAHAN BASIKAL KEPADA MURID YANG MENDAPAT 5A DALAM UPSR 2009

Hari ini sabtu, 10 Julai 2010 telah berlangsung Majlis Penyerahan Basikal kepada murid-murid SK Taman Perling yang telah mendapat 5A dalam UPSR yang lalu. Basikal hasil sumbangan YM Engku Abd Majid selaku mantan YDP PIBG yang lalu. Berikut sedikit gambaran mengenai majlis tersebut.












..
Read more...

Rabu, 16 September 2009

SEKITAR MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN MAJLIS PEMYAMPAIAN SUMBANGAN FAKIR MISKIN SK TAMAN PERLING 2009

Read more...

Isnin, 7 September 2009

MAJLIS RESTU ILMU

7 September 2009, Satu Majlis Restu Ilmu telah diadakan di Dewan SK Taman Perling untuk murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada esok hari.
Taklimat oleh SU Peperiksaan Cikgu Bahari bin Suwardi.





Sentuhan dan amanat oleh guru-guru kelas tahun 6. Pn Maimon, Pn Norliza, Pn. Sofiah, Pn Shamini dan Pn Rozana b. Robani.



Sumbang saran dari Kaunselor SK Taman Perling Pn Reha binti Jaafar, GPK Kurikulum
Pn Rabitah Ab Ghafar.


Guru Besar En Mohamed Noor Basiron menyampaikan amanat kepada semua calon dan Ucapan daripada YDP PIBG, Ym Ungku A. Majid b. Ungku A. Rahman Alhaj.




Penyerahan alat tulis sumbanga PIBG Sk Taman Perling kepada semua calon UPSR 2009.





Ceramah Motivasi terakhir oleh Ustaz Hafiz bin Subahir kepada semua murid-murid tahun 6.







Sesi bersalaman dan memohon kemaafan serta restu daripada guru-guru yang telah mengajar tahun 6 2009.





..

Read more...

Sabtu, 5 September 2009

AKTIVITI GURU 5 SEPTEMBER 2009

Tahniah diucapkan kepada semua guru SK Taman Perling kerana dapat hadir pada 5 September 2009 walaupun berada didalam bulan Ramadhan. Puasa tidak menjadi halangan bagi kita sama-sama menjalankan tugas untuk mencapai kecemerlangan.


Mendengar amanat dan arahan daripada Tn Guru Besar, En Mohamed Noor bin Basiron di bilik Gerakan PIBG SK Taman Perling sebelum melakukan Aktiviti seterusnya.
Sebahagian daripada guru yang hadir terus menjalankan kelas tambahan tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang akan menjelang beberapa jam lagi. Guru-guru yang lain mendengar taklimat daripada Cikgu Suhaili mengenai Kajian Tindakan.

Setelah menerima arahan dan tugasan masing-masing, semua guru menyiapkan dengan penuh komitmen. fail-fail SPSK telah berjaya disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan.





Sebelum bersurai, mendengar pula Taklimat Peperiksaan oleh Cikgu Bahari b. Suwardi tentang perjalanan dan perlaksanaan peperiksaan UPSR 8-10 september 2009.
..

Read more...

Jumaat, 4 September 2009

PENANGGUHAN P&P KERANA PEPERIKSAAN UPSR 2009








..
Read more...

Rabu, 12 Ogos 2009

LAWATAN GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

Pada 11 Ogos 2009, seramai 70 orang guru pelatih dan 2 orang pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus Temenggung Ibrahim telah mengadakan lawatan ke Pendidikan Khas SK Taman Perling.






.


Read more...

Rabu, 5 Ogos 2009

PELAJAR SK TAMAN PERLING TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA

Pada 2hb Ogos kira-kira jam 6.30 petang, Adik Mohd Syaid Fikri bin Mohd Hadad telah terlibat dalam kemalangan jalanraya yang melibatkan sebuah teksi dan basikal. Adik Mohd Syaid Fikri merupakan seorang pengawas sekolah yang belajar di kelas 2 Bestari, telah mengalami kecederaan parah sehingga di masukkan ke ICU Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Berikut adalah lawatan Tuan Guru Besar, En Mohamed Noor bin Basiron bersama beberapa orang guru dan ketika itu keadaannya semakin stabil serta dimasukkan ke wad 5 barat. kami pihak sekolah berdoa dan berharap agar kecederaan yang dialami akan cepat sembuh dan dapat mengikuti sesi persekolahan seperti biasa. Pesanan daripada Tuan Guru Besar kepada semua Murid-murid SK Taman Perling agar sentiasa berhati-hati walau dimana jua anda berada.









..
Read more...

Isnin, 6 Julai 2009

SK Taman Perling (School Attack TV3)

Berikut sedikit gambaran sekitar School Attack TV3 di SK Taman Perling.

Read more...

Jumaat, 26 Jun 2009

MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT TN HJ ABD RAHIM BIN MAHDON

Bersempena dengan hari Terbuka SK Taman Perling, Tn Hj Abd Rahim bin Mahdon (GPK Petang) telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan doa selamat serta menjamu semua guru-guru dan kakitangan SK Taman Perling dan berdoa semoga mendoakan kesejahteraannya sekeluarga kerana beliau telah selamat menjalani pembedahan sebanyak 2 kali. semoga dengan doa daripada rakan-rakan guru, beliau akan dapat menjalankan tugas seperti biasa.




















. Read more...

Rabu, 24 Jun 2009

MESYUARAT GURU SKTP KALI KE-6

Mesyuarat Guru Kali ke -6. dihadiri oleh semua guru-guru sesi petang.







Semua guru-guru sesi pagi.
Read more...

Isnin, 22 Jun 2009

PATAH TUMBUH, HILANG BERGANTI

Hari ini SK Taman Perling mengalu-alukan kedatangan Pn Rabitah binti A.Ghaffar selaku Guru Penolong Kanan 1 menggantikan Tn Hj Abd Aziz bin Mahmood yang telah berpindah menjadi Guru Besar di SK Sungai Melayu. Semoga dengan Kehadiran Pn Rabitah selaku GPK 1 akan dapat memantapkan organisasi SK Taman Perling.


Read more...

Ahad, 14 Jun 2009

BENGKEL KIA2M UNTUK GURU-GURU

Pada 2hb Jun yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Bengkel KIA2M untuk Guru-Guru Bahasa Melayu SKTP. Penceramah jemputan Dr Yeo Kee Jiar, Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia. Berikut sedikit Bingkisan untuk tatapan.








Read more...

Sabtu, 30 Mei 2009

MURID PRASEKOLAH SK TAMAN PERLING MEWAKILI DAERAH JOHOR BAHRU

Pada 1hb Jun akan berlangsung Kejohanan Olahraga Prasekolah Peringkat Negeri Johor bertempat di padang MRSM mersing. Murid Prasekolah Sk Taman Perling telah berjaya mewakili Daerah Johor Bahru , Mohd Amirul Hakim bin Samsuddin (Bulatan merah) dalam acara baling bola lisut di bawah bimbingan Jurulatih, Cikgu Zainal bin Somingan (Bulatan Kuning). Lihat gambar di bawah:-


Kami warga Pentadbir dan Guru -guru SK Taman Perling mendoakan agar semoga dapat bertanding dengan penuh semangat kesukanan semoga usaha gigih selama ini akan beroleh kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah SK Taman Perling dan Daerah Johor Bahru amnya.
" Majulah Sukan Untuk Negara"

..


Read more...

Ahad, 24 Mei 2009

PELAJAR SK TAMAN PERLING MEWAKILI NEGERI JOHOR

Seorang pelajar SK Taman Perling berjaya mewakili Negeri Johor ke Kejohanan Hoki MSSM 2009 yang akan berlangsung di Ipoh pada 3-7 jun 2009. Kecemerlangan beliau dalam posisi penjaga gol telah dikesan ketika beraksi di peringkat Daerah Johor Bahru dengan mendapat Anugerah The Best Keeper. Pihak sekolah mengucapkan Tahniah dan Syabas semoga berjaya dalam misi kali ini.
Beliau yang dimaksudkan ialah AHMAD RADZLAN BIN AHMAD RAFI.



Read more...