SK Taman Perling: KARNIVAL PRASEKOLAH
...::::SYABAS DAN TAHNIAH SK TAMAN PERLING JB KERANA TERPILIH OLEH JPN JOHOR UNTUK MELAKSANAKAN SEKOLAH RINTIS TAHUN 2009 DENGAN FOKUS KEPADA SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI MS ISO 9001: 2008 ::::.....

...::: PANORAMA SKTP :::...

..:: PENDAFTARAN ON LINE PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 ::..

..:: PENDAFTARAN ON LINE PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 ::..
TEKAN DI SINI
Memaparkan catatan dengan label KARNIVAL PRASEKOLAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KARNIVAL PRASEKOLAH. Papar semua catatan

Isnin, 17 Ogos 2009

KARNIVAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH NEGERI JOHOR 2009








Wakil tunggal Prasekolah SK Taman Perling mewakili Daerah Johor Bahru telah mendapat Naib Johan dalam kategori Nyanyian Solo di Karnival Pendidikan Prasekolah Peringkat Negeri Johor 2009 yang berlangsung di Hotel Selesa, Pasir Gudang.

Berikut adalah keputusan keseluruhan dalam Karnival tersebut:
Johan : Daerah muar
N. Johan : Daerah Johor Bahru
Ketiga : Daerah Pontian
Untuk melihat gambar-gambar sepanjang berlangsung Karnival tersebut,


..

Read more...

Ahad, 26 Julai 2009

JOHAN NYANYIAN SOLO DAERAH JOHOR BAHRU

Pada 25 Julai 2009, Karnival Prasekolah Peringkat Daerah Johor Bahru telah berlangsung di SK Angkatan Tentera. Prasekolah SK Taman Perling telah menghantar seorang wakil dalam acara Nyanyian Solo bagi mewakili Zon Skudai ke Karnival tersebut. Adik Muhammad Ariff Idham b. Saiful Harizal telah mendapat Johan dan melayakkan untuk mewakili Daerah Johor Bahru ke peringkat Negeri yang akan berlangsung pada 15 Ogos 2009 yang akan berlangsung di Daerah Pasir Gudang selaku Tuan Rumah. Kami warga SKTP berdoa agar Adik Muhammad Ariff Idham akan mendapat kejayaan di peringkat Negeri dengan mengharumkan Daerah Johor Bahru dan SK Taman Perling khasnya.




.. Piala, sijil dan cenderamata disampaikan semula ketika Perhimpunan Mingguan oleh Tuan Guru Besar SKTP, En Mohamed Noor bin Basiron.




..
Read more...

Selasa, 14 Julai 2009

PRASEKOLAH SK TAMAN PERLING CEMERLANG LAGI......

Pada hari sabtu 11 Julai yang lalu, Karnival Prasekolah telah diadakan di SK Kompleks Uda bagi peringkat Zon Skudai 2009. Prasekolah SK Taman Perling menonjolkan bakat terpendam setelah berhempas pulas berlatih dibawah bimbingan Cikgu Nasitof. Setelah cemerlang dalam Kejohanan Olahraga Prasekolah sehingga ke peringkat negeri yang berlangsung di Mersing, kini tiba masanya untuk kami menunjukkan bakat terpendam pula. Prasekolah SK Taman Perling berjaya mendapat Johan bagi kategori Nyanyian Solo (Adik Mohamad Arif Idham bin Saiful Hazizal) dan Tempat Ke 3 bagi kategori Sajak (Adik Nor Syahira Amira bt Sahrul Azmi).




..
Read more...