SK Taman Perling: Ko korikulum
...::::SYABAS DAN TAHNIAH SK TAMAN PERLING JB KERANA TERPILIH OLEH JPN JOHOR UNTUK MELAKSANAKAN SEKOLAH RINTIS TAHUN 2009 DENGAN FOKUS KEPADA SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI MS ISO 9001: 2008 ::::.....

...::: PANORAMA SKTP :::...

..:: PENDAFTARAN ON LINE PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 ::..

..:: PENDAFTARAN ON LINE PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 ::..
TEKAN DI SINI
Memaparkan catatan dengan label Ko korikulum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ko korikulum. Papar semua catatan

Sabtu, 5 September 2009

AKTIVITI GURU 5 SEPTEMBER 2009

Tahniah diucapkan kepada semua guru SK Taman Perling kerana dapat hadir pada 5 September 2009 walaupun berada didalam bulan Ramadhan. Puasa tidak menjadi halangan bagi kita sama-sama menjalankan tugas untuk mencapai kecemerlangan.


Mendengar amanat dan arahan daripada Tn Guru Besar, En Mohamed Noor bin Basiron di bilik Gerakan PIBG SK Taman Perling sebelum melakukan Aktiviti seterusnya.
Sebahagian daripada guru yang hadir terus menjalankan kelas tambahan tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang akan menjelang beberapa jam lagi. Guru-guru yang lain mendengar taklimat daripada Cikgu Suhaili mengenai Kajian Tindakan.

Setelah menerima arahan dan tugasan masing-masing, semua guru menyiapkan dengan penuh komitmen. fail-fail SPSK telah berjaya disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan.





Sebelum bersurai, mendengar pula Taklimat Peperiksaan oleh Cikgu Bahari b. Suwardi tentang perjalanan dan perlaksanaan peperiksaan UPSR 8-10 september 2009.
..

Read more...

Khamis, 9 Julai 2009

PROGRAM UJIAN MENGENALPASTI BAKAT ATLIT (TID) PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

Program Ujian Mengenalpasti Bakat Atlit (TID) Peringkat Kebangsaan 2009, akan berlangsung di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil pada 10 - 14 Julai 2009. Program ini dijalankan bertujuan untuk memilih pelajar-pelajar ke Sekolah Sukan Malaysia dan Sekolah Sukan Negeri 2010. seorang pelajar SK Taman Perling telah terpilih untuk menyertai program ini kerana kecemerlangannya dalam sukan hoki sehingga mewakili Johor ke peringkat kebangsaan. Beliau ialah Ahmad Razlan bin Ahmad Rafi. Kami warga SKTP mengucapkan syabas dan tahniah semoga terpilih untuk ke Sekolah Sukan 2010 dan seterusnya mengembangkan bakat sehingga mencapai kecerlangan ke peringkat tertinggi.

Read more...

Ahad, 14 Jun 2009

KEJOHANAN HOKI MSSM 2009

Kejohanan Hoki MSSM 2009 telah berlangsung pada 3-8 Jun 2009 bertempat di Staduim Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak. Berikut sedikit bingkisan untuk tatapan semua.







Disediakan oleh :
zainal bin somingan
Pengurus Pasukan Hoki
SK Taman Perling 2009.
Read more...

Sabtu, 30 Mei 2009

MURID PRASEKOLAH SK TAMAN PERLING MEWAKILI DAERAH JOHOR BAHRU

Pada 1hb Jun akan berlangsung Kejohanan Olahraga Prasekolah Peringkat Negeri Johor bertempat di padang MRSM mersing. Murid Prasekolah Sk Taman Perling telah berjaya mewakili Daerah Johor Bahru , Mohd Amirul Hakim bin Samsuddin (Bulatan merah) dalam acara baling bola lisut di bawah bimbingan Jurulatih, Cikgu Zainal bin Somingan (Bulatan Kuning). Lihat gambar di bawah:-


Kami warga Pentadbir dan Guru -guru SK Taman Perling mendoakan agar semoga dapat bertanding dengan penuh semangat kesukanan semoga usaha gigih selama ini akan beroleh kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah SK Taman Perling dan Daerah Johor Bahru amnya.
" Majulah Sukan Untuk Negara"

..


Read more...

Ahad, 24 Mei 2009

PELAJAR SK TAMAN PERLING MEWAKILI NEGERI JOHOR

Seorang pelajar SK Taman Perling berjaya mewakili Negeri Johor ke Kejohanan Hoki MSSM 2009 yang akan berlangsung di Ipoh pada 3-7 jun 2009. Kecemerlangan beliau dalam posisi penjaga gol telah dikesan ketika beraksi di peringkat Daerah Johor Bahru dengan mendapat Anugerah The Best Keeper. Pihak sekolah mengucapkan Tahniah dan Syabas semoga berjaya dalam misi kali ini.
Beliau yang dimaksudkan ialah AHMAD RADZLAN BIN AHMAD RAFI.



Read more...

Khamis, 14 Mei 2009

SK TAMAN PERLING NAIB JOHAN KEJOHANAN HOKI BAWAH 12 (L) MSSD JOHOR BAHRU 2009

Pada 9 & 10 April 2009 telah belangsung Kejohanan Hoki Bawah 12 (L) peringkat daerah Johor Bahru yang berlangsung di Stadium Hoki, Bandaraya Johor bahru. disertai oleh 16 pasukan dan SK Taman Perling di undi dalam kumpulan D bersama-sama SK Taman U2, SK Seri kenanga & SK Taman Cempaka. setelah mengharungi perlawanan dalam kumpulan dengan 2x seri & 1x menang dengan 5mata, SK Taman Perling berjaya melangkah ke Suku Akhir dan setelah diundi akan bertemu dengan Johan Kump A, SK Tanjung Kupang. Menang dengan SK Tanjung Kupang bertemu SK Mohd Khir Johari diperingkat separuk akhir. SK Taman Perling menang 3-2 dengan kedua-dua perlawanan dimenangi melalui penalty strok. Layak ke Final sebagai pasukan underdog, SK Taman Perling Bertemu pula SK Taman Bukit Kempas sebagai pasukan pilihan dan johan menunggu. Sk Taman Perling di bawah binbingan jurulatih En Fauzi b. Che Ngah dan En Zainal b. Somingan (Cikgu Prasekolah jer) selaku Pengurus Pasukan tidak dapat menyekat kemaraan SK Taman Bukit Kempas dengan permainan dalam hujan lebat tewas 2-0. cuaca hujan memang mengganggu permainan kerana bola akan terhenti dengan takungan air yang semakin banyak serta kilat sabung menyabung seolah-olah tidak memahami pentas final tengah beraksi. kami terima keputusan ini dengan redho walaupun memahami hujan itu adalah rahmat dariNya.

KEPUTUSAN RASMI




Johan : SK Taman Bukit Kempas
N.Johan : SK Taman Perling
Ketiga : SK Mohd Khir Johari
Keempat: SK Taman Cempaka






Pemain Terbaik : SK Taman Bukit Kempas
Penjaring Terbanyak : SK Taman Bukit Kempas
Penjaga Gol Terbaik : SK Taman Perling








Nasrul Faiz b. Mohd Safari, berusia 7 tahun merupakan pemain paling muda dan paling kecil dan penyertaan kejohanan hoki tahun ini. ini merupakan tahun kedua beliau mewakili SK Taman Perling.




Meraikan kejayaan sekadar Naib Johan MSSD Johor Bahru 2009 dan penjaga gol terbaik kejohanan.


Bersalaman dengan pemain SK Taman Cempaka sebelum bermain peringkat Kump D.






Barisan pemain SK Taman Perling mengambil gambar sebelum aksi final.





SK Taman Perling beraksi dipentas Akhir bertemu SK Taman Bukit Kempas dalam cuaca hujan lebat. SK Taman Perling berjersi biru tewas 2-0.



4 orang pemain dari SK Taman Perling terpilih untuk ke latihan pusat bagi kejohanan peringkat MSSJ yang akan berlangsung 21-26 April di Pontian. mereka ialah Ahmad Razlan b. Ahmad Rafi (GK), Muhammad Asraf b. As'ari, Mohd Fahmi b. Rosli dan Muhammad Syazwan b. Mohd Zin.
TAHNIAH KEPADA PASUKAN YANG BERJAYA DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN KEJOHANAN INI TERUTAMA WARGA SK MOHD KHIR JOHARI SELAKU TUAN RUMAH KALI INI.
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH.
JUMPA LAGI TAHUN DEPAN.

Read more...