SK Taman Perling: Mei 2009
...::::SYABAS DAN TAHNIAH SK TAMAN PERLING JB KERANA TERPILIH OLEH JPN JOHOR UNTUK MELAKSANAKAN SEKOLAH RINTIS TAHUN 2009 DENGAN FOKUS KEPADA SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI MS ISO 9001: 2008 ::::.....

...::: PANORAMA SKTP :::...

..:: PENDAFTARAN ON LINE PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 ::..

..:: PENDAFTARAN ON LINE PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 ::..
TEKAN DI SINI

Sabtu, 30 Mei 2009

MURID PRASEKOLAH SK TAMAN PERLING MEWAKILI DAERAH JOHOR BAHRU

Pada 1hb Jun akan berlangsung Kejohanan Olahraga Prasekolah Peringkat Negeri Johor bertempat di padang MRSM mersing. Murid Prasekolah Sk Taman Perling telah berjaya mewakili Daerah Johor Bahru , Mohd Amirul Hakim bin Samsuddin (Bulatan merah) dalam acara baling bola lisut di bawah bimbingan Jurulatih, Cikgu Zainal bin Somingan (Bulatan Kuning). Lihat gambar di bawah:-


Kami warga Pentadbir dan Guru -guru SK Taman Perling mendoakan agar semoga dapat bertanding dengan penuh semangat kesukanan semoga usaha gigih selama ini akan beroleh kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah SK Taman Perling dan Daerah Johor Bahru amnya.
" Majulah Sukan Untuk Negara"

..


Read more...

Rabu, 27 Mei 2009

KEM BESTARI SAINS TAHUN 6

Pada 23 - 24 Mei yang lalu, Panitia Sains telah mengadakan Kem Bistari Sains untuk murid-murid tahun 6 SK Taman Perling. Diantara pengisiannya ialah, Bengkel Menjawab soalan UPSR, sesi Motivasi, Soal jawab, Explorace dan macam-macam lagi aktiviti yang dijalankan sepanjang 2 hari tersebut. Berikut adalah sedikit bingkisan untuk tatapan semua.










































Jutaan terima kasih kepada semua yang turut terlibat menjayakan Kem Bistari Sains ini, kepada semua guru-guru yang terlibat, kepada individu yang memberikan sumbangan wang ringgit dan tenaga, kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sehingga berlangsungnya kem ini dengan jayanya.
Terima Kasih.



Read more...

Isnin, 25 Mei 2009

SEKITAR SAMBUTAN HARI GURU SK TAMAN PERLING

Pada 18hb mei yang lalu, telah berlangsung sambutan hari guru peringkat SK Taman Perling. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran YDP PIBG serta pelbagai acara menarik tirut disertai bagi menghiburkan sambutan hari guru kali ini. Bagi acara sukan seperti tiup belon, jambatan sg perling, tapak gergasi, lilin berapi dan banyak lagi. Berikut sedikit bingkisan untuk tatapan semua.































































Jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan sambutan hari guru 2009, pengusaha kantin yang sudi menyumbangkan kek 2 tingkat dan mereka yang memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung.
" GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"





Read more...

Ahad, 24 Mei 2009

PELAJAR SK TAMAN PERLING MEWAKILI NEGERI JOHOR

Seorang pelajar SK Taman Perling berjaya mewakili Negeri Johor ke Kejohanan Hoki MSSM 2009 yang akan berlangsung di Ipoh pada 3-7 jun 2009. Kecemerlangan beliau dalam posisi penjaga gol telah dikesan ketika beraksi di peringkat Daerah Johor Bahru dengan mendapat Anugerah The Best Keeper. Pihak sekolah mengucapkan Tahniah dan Syabas semoga berjaya dalam misi kali ini.
Beliau yang dimaksudkan ialah AHMAD RADZLAN BIN AHMAD RAFI.



Read more...

PIBG SK TAMAN PERLING MENYERTAI PERTANDINGAN MENEMBAK

Ahad, 24 Mei 2009 Pasukan menembak PIBG SK Taman Perling menyertai Pertandingan Menembak di Lapang Sasar Keluang. Dengan diketuai oleh Tn Hj Azhari (Naib Yang Dipertua) selaku ketua pasukan, Tn Guru Besar, En Mohamed Noor b. Basiron (Pengurus Pasukan), Cikgu Abd Shukor b. Abd Karim, Cikgu Ahmad Rafaie b. Basir dan Cikgu Zainal b. Somingan bertolak dari sekolah seawal jam 6.30 pagi.




Menikmati sarapan roti bakar di Railway Station tempat yang paling tersohor di Daerah Kluang.







Ketibaan kami disambut oleh Ketua Pemerintah Rejimen 501 Askar Wataniah, Lt. Kolonel PM Dr Dzulkifli bin Awang.


Sesi latihan menembak piring terbuka bermula 8.00 - 9.00 pagi.






Menikmati hidangan VIP ketika selepas menamatkan pusingan pertama.






Sambil menikmati hidangan, mendengar sedikit tips-tips menembak dengan tepat oleh Ketua Pemerintah.







Gambar kenangan bersama wirawati negara yang ayu jelita.










Upacara penutup dan pasukan PIBG SK Taman Perling Mendapat Tempat ke 6 Keseluruhan kategori terbuka.
Sekian..

Read more...

Khamis, 14 Mei 2009

KEJOHANAN HOKI MSSJ 2009

DAERAH JOHOR BAHRU JOHAN LELAKI & PEREMPUAN 2009.

Pada 24-26 April, Kejohanan Hoki L & P 12 MSSM Negeri Johor telah berlangsung di Daerah Pontian. Pasukan Johor Bahru adalah pasukan yang paling mantap menurut perkiraan saya hasil gabungan pemain-pemain SK Taman Bukit Kempas, SK Taman Perling, SK Mohd Khir Johari dan SK Tanjung Kupang. Sk Taman Perling menurunkan Best Keeper dan 2 orangb lagi pemain pada penyertaan kali ini. ikuti beberapa laporan yang telah saya sediakan.

Kain Rentang kejohanan dan pasukan JB sedang membuat warm up sebelum masuk ke padang sambil disaksikan oleh coach Pasir Gudang, Cikgu Khairuddin (SK Taman Daya).

Perlawanan separuh menentang Muar terpaksa ditentukan melalui penalty strok kerana tamat
masa tambahan masih lagi 2-2.
pemain meraikan kemenangan diperingkat separuh akhir dan seterusnya layak ke peringkat akhir akan menentang pemenang pertemuan antara Kluang vs Pasir Gudang. Penulis adalah Pengurus Pasukan SK Taman Perling ketika peringkat Daerah juga turun bersam anak-anak dan keluarga bagi memberikan sokongan kepada pasukan Johor Bahru.


Pasukan Perempuan meraikan kemenangan setelah menewaskan Kluang dengan Penalty strok.




Perlaawanan Akhir Lelaki dimulakan tepat jam 2.30 petang juga bertemu pasukan Kluang.




Aksi final sedang berlangsung sambil disokong oleh pemain2 lain yang tewas di pusingan awal. sebelum pasukan JB melayakkan ke final, Johor Bahru telah menewaskan pasukan mersing 4-0, pengerang 7-0, Muar 2-2 (2-1).






Ucapan Wakil Pegawai PPD Pontian ketika upacara penutup.









Bergambar bersama jurulatih pasukan beserta medal dan sijil






Gambar kenang-kenangan sebelum bertolak balik ke JB.
sampai jumpa lagi di ipoh.








..
Read more...

SK TAMAN PERLING NAIB JOHAN KEJOHANAN HOKI BAWAH 12 (L) MSSD JOHOR BAHRU 2009

Pada 9 & 10 April 2009 telah belangsung Kejohanan Hoki Bawah 12 (L) peringkat daerah Johor Bahru yang berlangsung di Stadium Hoki, Bandaraya Johor bahru. disertai oleh 16 pasukan dan SK Taman Perling di undi dalam kumpulan D bersama-sama SK Taman U2, SK Seri kenanga & SK Taman Cempaka. setelah mengharungi perlawanan dalam kumpulan dengan 2x seri & 1x menang dengan 5mata, SK Taman Perling berjaya melangkah ke Suku Akhir dan setelah diundi akan bertemu dengan Johan Kump A, SK Tanjung Kupang. Menang dengan SK Tanjung Kupang bertemu SK Mohd Khir Johari diperingkat separuk akhir. SK Taman Perling menang 3-2 dengan kedua-dua perlawanan dimenangi melalui penalty strok. Layak ke Final sebagai pasukan underdog, SK Taman Perling Bertemu pula SK Taman Bukit Kempas sebagai pasukan pilihan dan johan menunggu. Sk Taman Perling di bawah binbingan jurulatih En Fauzi b. Che Ngah dan En Zainal b. Somingan (Cikgu Prasekolah jer) selaku Pengurus Pasukan tidak dapat menyekat kemaraan SK Taman Bukit Kempas dengan permainan dalam hujan lebat tewas 2-0. cuaca hujan memang mengganggu permainan kerana bola akan terhenti dengan takungan air yang semakin banyak serta kilat sabung menyabung seolah-olah tidak memahami pentas final tengah beraksi. kami terima keputusan ini dengan redho walaupun memahami hujan itu adalah rahmat dariNya.

KEPUTUSAN RASMI




Johan : SK Taman Bukit Kempas
N.Johan : SK Taman Perling
Ketiga : SK Mohd Khir Johari
Keempat: SK Taman Cempaka






Pemain Terbaik : SK Taman Bukit Kempas
Penjaring Terbanyak : SK Taman Bukit Kempas
Penjaga Gol Terbaik : SK Taman Perling








Nasrul Faiz b. Mohd Safari, berusia 7 tahun merupakan pemain paling muda dan paling kecil dan penyertaan kejohanan hoki tahun ini. ini merupakan tahun kedua beliau mewakili SK Taman Perling.




Meraikan kejayaan sekadar Naib Johan MSSD Johor Bahru 2009 dan penjaga gol terbaik kejohanan.


Bersalaman dengan pemain SK Taman Cempaka sebelum bermain peringkat Kump D.






Barisan pemain SK Taman Perling mengambil gambar sebelum aksi final.





SK Taman Perling beraksi dipentas Akhir bertemu SK Taman Bukit Kempas dalam cuaca hujan lebat. SK Taman Perling berjersi biru tewas 2-0.



4 orang pemain dari SK Taman Perling terpilih untuk ke latihan pusat bagi kejohanan peringkat MSSJ yang akan berlangsung 21-26 April di Pontian. mereka ialah Ahmad Razlan b. Ahmad Rafi (GK), Muhammad Asraf b. As'ari, Mohd Fahmi b. Rosli dan Muhammad Syazwan b. Mohd Zin.
TAHNIAH KEPADA PASUKAN YANG BERJAYA DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN KEJOHANAN INI TERUTAMA WARGA SK MOHD KHIR JOHARI SELAKU TUAN RUMAH KALI INI.
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH.
JUMPA LAGI TAHUN DEPAN.

Read more...

JOHAN PERTANDINGAN REKACIPTA KH DAERAH JB

Pertandingan Rekacipta KH peringkat Daerah Johor Bahru telah berlangsung di SK Taman Perling pada 25 April 2009 yang lalu. sebanyak 8buah sekolah mewakili 4 zon daerah Johor Bahru telah menyertai pertandingan ini. berikut adalah keputusan rasmi dan akan mewakili Johor Bahru ke peringkat Negeri yang akan diadakan di Pontian.



Johan : SK Taman Perling
N.Johan : Sk Impian Emas
Ketiga : SK Taman Tun Aminah 1
Berikut beberapa keping gambar yang sempat diambil ketika pertandingan tersebut.























.. Read more...