Tahniah diucapkan kepada semua guru SK Taman Perling kerana dapat hadir pada 5 September 2009 walaupun berada didalam bulan Ramadhan. Puasa tidak menjadi halangan bagi kita sama-sama menjalankan tugas untuk mencapai kecemerlangan.


Sebahagian daripada guru yang hadir terus menjalankan kelas tambahan tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang akan menjelang beberapa jam lagi. Guru-guru yang lain mendengar taklimat daripada Cikgu Suhaili mengenai Kajian Tindakan.
Setelah menerima arahan dan tugasan masing-masing, semua guru menyiapkan dengan penuh komitmen. fail-fail SPSK telah berjaya disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan.

Sebelum bersurai, mendengar pula Taklimat Peperiksaan oleh Cikgu Bahari b. Suwardi tentang perjalanan dan perlaksanaan peperiksaan UPSR 8-10 september 2009.
..
0 ulasan:
Catat Ulasan