SK Taman Perling: H1N1 (Panduan Memakai Topeng Muka)
...::::SYABAS DAN TAHNIAH SK TAMAN PERLING JB KERANA TERPILIH OLEH JPN JOHOR UNTUK MELAKSANAKAN SEKOLAH RINTIS TAHUN 2009 DENGAN FOKUS KEPADA SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI MS ISO 9001: 2008 ::::.....

...::: PANORAMA SKTP :::...

..:: PENDAFTARAN ON LINE PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 ::..

..:: PENDAFTARAN ON LINE PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 ::..
TEKAN DI SINI

Khamis, 6 Ogos 2009

H1N1 (Panduan Memakai Topeng Muka)



1. Basuh tangan sebelum memakai dan selepas menanggalkan topeng muka.


2. Tetulang besi ialah bahagian atas.


3. Arah lipatan mengarah ke bawah ialah bahagian luar.


4. Letak getah topeng muka dengan kemas di belakang telinga (jika jenis tali ikat dengan kemas belakang kepala).


5. Topeng muka mesti menutupi hidung, mulut dan dagu.


6. Tetulang besi hendaklah tekan mengikut bentuk hidung dan muka.


7. Jangan sentuh permukaan topeng muka untuk mengelakkan pencemaran.


8. Apabila menanggalkan topeng muka, elakkan menyentuh bahagian luar kerana bahagian ini kemungkinan mengandungi kuman.


9. Buang topeng muka yang telah digunakan dengan melipat ke dalam bahagian luar atau bungkus dalam beg plastik sebelum buang dalam tong sampah.


10. Ganti topeng muka jika ianya rosak, basah atau berhabuk.



KEPADA IBU BAPA DAN PENJAGA BEKALKAN KEPADA ANAK-ANAK SABUN BASUH TANGAN SEKIRANYA SEKOLAH TIDAK MENYEDIAKAN SABUN UNTUK MEMBASUH TANGAN

0 ulasan: