SK Taman Perling: 2011
...::::SYABAS DAN TAHNIAH SK TAMAN PERLING JB KERANA TERPILIH OLEH JPN JOHOR UNTUK MELAKSANAKAN SEKOLAH RINTIS TAHUN 2009 DENGAN FOKUS KEPADA SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI MS ISO 9001: 2008 ::::.....

...::: PANORAMA SKTP :::...

..:: PENDAFTARAN ON LINE PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 ::..

..:: PENDAFTARAN ON LINE PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 ::..
TEKAN DI SINI

Selasa, 18 Oktober 2011

KARNIVAL KHSR DAERAH JOHOR BAHRU 2011

PROJEK KERJA KAYU

HIASAN BUNGA


Panatia Kemahiran Hidup SK Taman Perling telah menghantar beberapa orang murid untuk menyertai pertandingan-pertandingan dalam karnival KH daerah Johor Bahru yang berlangsung dari 10 Okt. hingga 15 Okt. 2011. Daripada 7 acara yang dipertandingkan, SKTP telah menghantar 6 jenis pertandingan melibatkan 12 orang murid dan seorang guru.
Pertandingan yang disertai ialah Kuiz ( tempat kelima ), Kerja Kayu ( tempat ke dua ), Elektronik ( tempat ke tiga ), Jahitan dan Hiasan Bunga ( saguhati ) dan Bahan Bantu Mengajar yang di wakili oleh Cikgu Samadi telah memenangi tempat ke tiga. Majlis penutup yang diadakan di Plaza Angsana turut dihadiri oleh semua guru KH SKTP. Tidak ketinggalan juga Tuan Guru Besar dan GPK 1 turut hadir memeriahkan lagi majlis itu. Syabas....Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah memberikan segala sumbangan dalam menjayakan program ini.
Read more...

Isnin, 30 Mei 2011

TAHNIAH PASUKAN PRASEKOLAH JOHOR BAHRU

Pada Hari Ahad 29hb Mei 2011 bertempat di Padang SMK Tun Hussien Onn, Kluang telah berlangsung Kejohanan Padang dan Balapan Prasekolah Negeri Johor. Tahniah kepada Pasukan Johor Bahru kerana berjaya muncul Juara Keseluruhan dalam kejohanan tersebut. Lebih manis lagi sabutir pingat telah disumbangkan oleh murid Prasekolah SK Taman Perling. Tahniah kepada adik Mohammad Aliff Imran bin Shaharidzuan kerana mendapat pingat perak dalam acara lompat tinggi lelaki.



Adik Muhammad Alif Imran bersama jurulatih dan pingat yang dimenangi dalam kejohanan tersebut.






..





Read more...

Sabtu, 21 Mei 2011

SAMBUTAN HARI GURU & ANUGERAH INOVASI 2011

Pada Sabtu, 21 Mei 2011 bertempat di Dewan SJK (C) Kuo Kuang 2 telah diadakan sambutan Hari Guru & Anugerah Inovasi 2011. Jutaan penghargaan dan tahniah kepada dua orang guru SK Taman Perling kerana mendapat Anugerah Guru Inovatif kategori SK dan Anugerah Guru Aktif kategori SK.








..




Read more...

Isnin, 16 Mei 2011

SAMBUTAN HARI GURU SK TAMAN PERLING 2011

Hari ini Isnin, 16 Mei adalah tarikh keramat kerana pada setiap tahun pada tarikh yang sama diadakan Sambutan Hari Guru. SK Taman Perling tidak melepaskan peluang ini dengan mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat SK Taman Perling yang diadakan di Dewan Muafakat SK Taman Perling.




Semua murid menanti dengan penuh debaran menunggu di dewan sejak awal pagi.



Barisan pentadbir sekolah yang turut hadir memeriahkan sambutan Hari Guru 2011.




Ucapan Daripada Tuan Guru besar, En Mohamed Noor bin Basiron







Barisan guru menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia.












Persembahan guru lelaki SK Taman Perling




Upacara memotong kek Sambutan Hari Guru.







Persembahan Band oleh barisan guru dan kakitangan sekolah.












..












Read more...

Sabtu, 26 Mac 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 21 DAN HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010

Pada hari sabtu yang lalu bertempat di Dewan Muafakat SK Taman Perling telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG kali ke 21 dan Hari Anugerah Cemerlang 2010. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG SK Taman Perling. Berikut sedikit gambaran sepanjang majlis tersebut berlangsung.


Ketibaan VIP telah disambut dengan paluan kompang.


Diantara VIP dan tetamu jemputan yang hadir

Ibubapa dan Barisan Pentadbir sekolah.
Persembahan murid-murid prasekolah.


Barisan Ibubapa dan guru-guru


Persembahan murid-murid pendidikan Khas


Ucapan Tuan Guru Besar.


Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG.


Penyampaian Cenderamata.


Mesyuarat PIBG dimulakan.


Dipengerusikan oleh Tuan haji Azhari selaku YDP PIBG.


Barisan Ibubapa yang turut hadir.


Membahaskan Usul.


Mesyuarat tamat. majlis berhenti rehat.


Persembahan Band oleh murid-murid SK Taman Perling.
Bersiap untuk menikmati kudapan.
Persembahan Ang klung.


Penyampaian Anugerah Murid yang memperolehi 5A dalam UPSR 2010









Majlis tamat pada pukul 1.30 petang. Majlis telah berjalan dengan jayanya seperti yang dirancang. Jutaan terima kasih kepada semua yang turut menjayakan majlis ini.





..
Read more...

Rabu, 23 Mac 2011

TEMASYA SUKAN PRASEKOLAH ZON SKUDAI 2011

Pada 22hb Mac yang lalu, bertempat di SK Taman Perling 3 telah berlangsung Temasya Sukan Prasekolah Zon Skudai 2011. Prasekolah Sk Taman Perling berjaya memperolehi 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Kesemua pingat dikutip dalam acara Lompat tinggi lelaki dan perempuan. Kojohanan yang berlangsung dalam suasana Hujan itu sedikit sebanyak telah menjejaskan prestasi murid-murid. Berikut sedikit gambaran mengenai majlis tersebut.



Tuan Guru Besar, En Mohammed Noor bin Basiron turut serta memberikan semangat sebelum berlangsungnya Temasya Sukan Prasekolah.


Pingat perak dan Gangsa dalam acara lompat Tinggi lelaki yang dimenangi oleh murid prasekolah SK Taman Perling.

Medal disampaikan kepada pemenang oleh Cikgu Zainal bin Somingan selaku Jurulatih Utama ICT Prasekolah Negeri Johor.
2 orang peserta yang akan meneruskan perjuangan di peringkat Daerah Johor Bahru yang akan berlangsung pada 20 April ditempat yang sama. Semoga Berjaya.





..
Read more...

Isnin, 14 Mac 2011

PENDAFTARAN PRASEKOLAH DAN TAHUN 1

Pendaftaran Prasekolah dan Tahun 1 telah dibuka sekarang.




..
Read more...

Sabtu, 12 Mac 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432 H

Pada Hari Sabtu 12 Mac 2011, warga SK Taman Perling membuat Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432 H dengan jayanya. Seawal jam 7.30pagi semua murid dan guru-guru telah berkumpul didewan Muafakat untuk berarak sambil bersalawat ke atas Nabi.

Berkumpul di Dewan
Perarakan dimulakan dengan Barisan Pentadbir sekolah, PIBG, murid-murid prasekolah dan pendidikan khas.

Perarakan diketuai oleh Tuan Guru Besar En Mohamed Noor bin Basiron dan dipimpin oleh Ustaz Mohd Hafidz b Subahir mengetuai salawat.



Mengelilingi kawasan taman


Murid-murid prasekolah tidak ketinggalan turut menjayakan perarakan.




Rumah Biru






Rumah Hijau






Rumah Kuning





Rumah Merah






Dah sampai dah............





Menyaksikan persembahan murid












Persembahan Guru-guru




Persembahan guru-guru perempuan





Berzanji










Jamuan



Berbaris untu mengambil makanan.


Persiapan sebelum majlis di sebelah malamnya.



Mengerah Keringat............


Bila dah siap semua..............











Read more...