SK Taman Perling: Mei 2011
...::::SYABAS DAN TAHNIAH SK TAMAN PERLING JB KERANA TERPILIH OLEH JPN JOHOR UNTUK MELAKSANAKAN SEKOLAH RINTIS TAHUN 2009 DENGAN FOKUS KEPADA SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI MS ISO 9001: 2008 ::::.....

...::: PANORAMA SKTP :::...

..:: PENDAFTARAN ON LINE PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 ::..

..:: PENDAFTARAN ON LINE PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 ::..
TEKAN DI SINI

Isnin, 30 Mei 2011

TAHNIAH PASUKAN PRASEKOLAH JOHOR BAHRU

Pada Hari Ahad 29hb Mei 2011 bertempat di Padang SMK Tun Hussien Onn, Kluang telah berlangsung Kejohanan Padang dan Balapan Prasekolah Negeri Johor. Tahniah kepada Pasukan Johor Bahru kerana berjaya muncul Juara Keseluruhan dalam kejohanan tersebut. Lebih manis lagi sabutir pingat telah disumbangkan oleh murid Prasekolah SK Taman Perling. Tahniah kepada adik Mohammad Aliff Imran bin Shaharidzuan kerana mendapat pingat perak dalam acara lompat tinggi lelaki.



Adik Muhammad Alif Imran bersama jurulatih dan pingat yang dimenangi dalam kejohanan tersebut.






..





Read more...

Sabtu, 21 Mei 2011

SAMBUTAN HARI GURU & ANUGERAH INOVASI 2011

Pada Sabtu, 21 Mei 2011 bertempat di Dewan SJK (C) Kuo Kuang 2 telah diadakan sambutan Hari Guru & Anugerah Inovasi 2011. Jutaan penghargaan dan tahniah kepada dua orang guru SK Taman Perling kerana mendapat Anugerah Guru Inovatif kategori SK dan Anugerah Guru Aktif kategori SK.








..




Read more...

Isnin, 16 Mei 2011

SAMBUTAN HARI GURU SK TAMAN PERLING 2011

Hari ini Isnin, 16 Mei adalah tarikh keramat kerana pada setiap tahun pada tarikh yang sama diadakan Sambutan Hari Guru. SK Taman Perling tidak melepaskan peluang ini dengan mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat SK Taman Perling yang diadakan di Dewan Muafakat SK Taman Perling.




Semua murid menanti dengan penuh debaran menunggu di dewan sejak awal pagi.



Barisan pentadbir sekolah yang turut hadir memeriahkan sambutan Hari Guru 2011.




Ucapan Daripada Tuan Guru besar, En Mohamed Noor bin Basiron







Barisan guru menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia.












Persembahan guru lelaki SK Taman Perling




Upacara memotong kek Sambutan Hari Guru.







Persembahan Band oleh barisan guru dan kakitangan sekolah.












..












Read more...