SK Taman Perling: 2009
...::::SYABAS DAN TAHNIAH SK TAMAN PERLING JB KERANA TERPILIH OLEH JPN JOHOR UNTUK MELAKSANAKAN SEKOLAH RINTIS TAHUN 2009 DENGAN FOKUS KEPADA SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI MS ISO 9001: 2008 ::::.....

...::: PANORAMA SKTP :::...

..:: PENDAFTARAN ON LINE PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 ::..

..:: PENDAFTARAN ON LINE PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 ::..
TEKAN DI SINI

Khamis, 31 Disember 2009

PENDAFTARAN DAN KUTIPAN YURAN TAMBAHAN 2010


Read more...

Sabtu, 21 November 2009

ANAK NAIB YDP PIBG KEMALANGAN JALANRAYA

Pada 18 November yang lalu kira-kira jam 11.00 malam Nor Hafetz bin Azhari telah terlibat dalam kemalangan jalanraya. Bilau adalah murid 4 Bijak yang juga anak kepa Naib YDP PIBG SK Taman Perling, Tn Hj Azhari bin Husin. Kemalangan berlaku di Taman Sutera apabila abangnya selaku pemandu kereta didak dapat mengawal kenderaan lalu terbabas melanggar sebatang pokok. Keadaannya kini stabil dan sehingga berita ini ditulis masih lagi terlantar di Abdul Samad Hospital. Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan Tn Hj Azhari di talian 0197716868. Kami seluruh warga SK Taman Perling mendoakan semoga cepat sembuh dan diharap bersabar dengan dugaanNya.










..
Read more...

Ahad, 8 November 2009

KEJOHANAN OLAHRAGA SK TAMAN PERLING

Hari ini 7hb Nov Kejohanan Olahraga telah berlangsung di padang SK Taman Perling. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YDP PIBG, Yang Mulia Ungku Abdul Majid bin Ungku Abd Rahman Al Haj. Turut hadir ialah NYDP PIBG Tn Hj Azhari b. Hussin, Guru Besar, En Mohamed Noor b. Basiron, barisan AJK PIBG dan semua guru SKTP. Berikut adalah gambaran sepanjang berlangsungnya Kejohanan Olahraga yang berjaya di jalankan dengan jayanya.


















..
Read more...

Rabu, 28 Oktober 2009

TAKLIMAT IBUBAPA MURID TAHUN 1 2010





..
Read more...

Ahad, 18 Oktober 2009

SK TAMAN PERLING KENA CEROBOH LAGI.

Hari ini 19 Oktober, SK Taman Perling kena ceroboh lagi. Modua Operandi masih lagi sama cuma kali ini dia memalui bilik guru dan masuk terus ke Bilik Pn Rabitah (GPK 1) seterusnya mengeledah bilik Guru Besar dan pejabat. Kejadian ini adalah kali ke 2 dalam tahun ini.
Berikut sedikit gambaran kejadiaan tersebut. Keadaan masih lagi belum diubah sehingga menunggu ketibaan polis.










..
Read more...

Rabu, 14 Oktober 2009

CUTI PERAYAAN DEEPAVALI 16 OKTOBER HINGGA 20 OKTOBER 2009


..

Read more...

Sabtu, 10 Oktober 2009

KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 10 OKTOBER 2009

Hari ini Sabtu, 10 Oktober 2009 satu lagi Kursus Dalam Perkhidmatan telah diadakan di Dewan Bestari, SK Taman Perling. Tuan Haji Kamaruddin bin Sa'ayun telah mennyampaikan ceramah dalam sesi pertama dan sesi ke 2 telah disampaikan oleh EN Jamaluddin bin Abd Rahman, Pen. PPD (Rendah) Johor Bahru.



Berikut sedikit bingkisan untuk tatapan semua.


















Sampai Jumpa lagi..
..
Read more...

Jumaat, 9 Oktober 2009

MAJLIS MARHABAN, JAMUAN AIDILFITRI, DEPAVALI DAN JAMUAN AKHIR TAHUN 2009.

SEKITAR MAJLIS MARHABAN 2009


Read more...

Selasa, 6 Oktober 2009

Kejohanan Olahraga SK Taman Perling Kali ke-16 2009

Jadual Latihan Rumah Sukan

Tarikh : Mulai 5/10/2009 - 15/10/2009

Masa : 3.30 petang - 5.30 petang

Hari :
Setiap hari Isnin & Rabu
(Rumah Kuning & Biru)

Setiap hari Selasa & Khamis
Rumah Hijau & Merah)


(Kejohanan Olahraga SK Taman Perling Kali ke-16 akan di adakan pada hari Sabtu, 7 Nov. 2009 jam 8.00 pagi) Read more...

Jumaat, 18 September 2009

CUTI PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI 2009

Read more...

Rabu, 16 September 2009

SEKITAR MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN MAJLIS PEMYAMPAIAN SUMBANGAN FAKIR MISKIN SK TAMAN PERLING 2009

Read more...

Sabtu, 12 September 2009

KAD UCAPAN UNTUK SEMUA

Bersempena dengan Syawal yang akan menjelang tiba, kepada semua warga SKTP, Pengunjung Web Rasmi ini, Pihak admin dengan berbesar hati menyediakan ruang untuk membuat kad ucapan versi -e untuk dipaparkan dalam blog masing-masing.



Click disini, dan ikut arahan seterusnya. Terima kasih.


atau




..
Read more...

Khamis, 10 September 2009

PANORAMA SEKITAR UPSR 2009

Read more...

Selasa, 8 September 2009

KEPADA SEMUA CALUN UPSR 2009 SK TAMAN PERLING

School Myspace Comments
MyNiceSpace.com Read more...

Isnin, 7 September 2009

MAJLIS RESTU ILMU

7 September 2009, Satu Majlis Restu Ilmu telah diadakan di Dewan SK Taman Perling untuk murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada esok hari.
Taklimat oleh SU Peperiksaan Cikgu Bahari bin Suwardi.





Sentuhan dan amanat oleh guru-guru kelas tahun 6. Pn Maimon, Pn Norliza, Pn. Sofiah, Pn Shamini dan Pn Rozana b. Robani.



Sumbang saran dari Kaunselor SK Taman Perling Pn Reha binti Jaafar, GPK Kurikulum
Pn Rabitah Ab Ghafar.


Guru Besar En Mohamed Noor Basiron menyampaikan amanat kepada semua calon dan Ucapan daripada YDP PIBG, Ym Ungku A. Majid b. Ungku A. Rahman Alhaj.




Penyerahan alat tulis sumbanga PIBG Sk Taman Perling kepada semua calon UPSR 2009.





Ceramah Motivasi terakhir oleh Ustaz Hafiz bin Subahir kepada semua murid-murid tahun 6.







Sesi bersalaman dan memohon kemaafan serta restu daripada guru-guru yang telah mengajar tahun 6 2009.





..

Read more...

Sabtu, 5 September 2009

AKTIVITI GURU 5 SEPTEMBER 2009

Tahniah diucapkan kepada semua guru SK Taman Perling kerana dapat hadir pada 5 September 2009 walaupun berada didalam bulan Ramadhan. Puasa tidak menjadi halangan bagi kita sama-sama menjalankan tugas untuk mencapai kecemerlangan.


Mendengar amanat dan arahan daripada Tn Guru Besar, En Mohamed Noor bin Basiron di bilik Gerakan PIBG SK Taman Perling sebelum melakukan Aktiviti seterusnya.
Sebahagian daripada guru yang hadir terus menjalankan kelas tambahan tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang akan menjelang beberapa jam lagi. Guru-guru yang lain mendengar taklimat daripada Cikgu Suhaili mengenai Kajian Tindakan.

Setelah menerima arahan dan tugasan masing-masing, semua guru menyiapkan dengan penuh komitmen. fail-fail SPSK telah berjaya disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan.





Sebelum bersurai, mendengar pula Taklimat Peperiksaan oleh Cikgu Bahari b. Suwardi tentang perjalanan dan perlaksanaan peperiksaan UPSR 8-10 september 2009.
..

Read more...

Jumaat, 4 September 2009

PENANGGUHAN P&P KERANA PEPERIKSAAN UPSR 2009








..
Read more...

Selasa, 1 September 2009

SENAMAN DALAM BULAN PUASA

PUASA memberi kesan yang baik terhadap keseluruhan sistem badan manusia terutama sistem penghadaman. Secara amnya, berpuasa dapat memberi kesan terhadap sistem tubuh badan, minda serta psikologi dan rohani.

Tubuh badan kita sentiasa terdedah kepada bahaya toksin atau radikal bebas yang menjadi faktor kepada jangkitan penyakit atau kecederaan.Tabiat pemakanan yang tidak berkhasiat, pencemaran alam sekitar dan tekanan dalam menjalani kehidupan seharian menyebabkan banyak toksin berkumpul di dalam badan. Justeru itu, dengan berpuasa dapat merehatkan sistem organ dalaman, mengekalkan serta menyeimbangkan sistem hormon, metabolisma dan sistem saraf.Menurut kajian, dengan berpuasa otak akan mengeluarkan bahan yang berbentuk opioids yang terdiri daripada enkephalins dan endorfin.
Bahan kimia ini akan menghasilkan ketenangan sepanjang menjalani ibadah berpuasa. Secara tidak langsung psikologi kita akan lebih tenang dan lebih rasional untuk bertindak balas terhadap rangsangan yang tidak diingini seperti tidak cepat marah dan lebih bersabar apabila ditimpa musibah.
Senaman dan berpuasa.
Adakah senaman selamat untuk diamalkan semasa berpuasa? Persoalan ini selalu bermain di minda kita terutama jika kita seorang yang aktif bersenam atau beriadah. Pengkaji-pengkaji Barat telah membuktikan bahawa aktiviti bersukan, bersenam dan beriadah adalah selamat semasa berpuasa.Secara asasnya, sistem badan yang terlibat semasa bersenam meliputi sistem jantung, paru-paru dan peredaran darah, sistem otot dan tulang, sistem limfa serta sistem badan yang lain.
Bersenam semasa berpuasa boleh meningkatkan fungsi sistem-sistem ini menyingkirkan hasil perkumuhan badan dan toksin yang menjadi faktor berlakunya penyakit keluar daripada badan.Kajian di dalam Jurnal Aplikasi Fisiologi membuktikan bahawa bersenam sebelum, semasa dan selepas berbuka puasa boleh mengurangkan kehilangan glikogen di dalam sistem otot dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga daripada lemak untuk bersenam. Ini sekali gus dapat mengurangkan kandungan lemak di dalam badan kita dan dapat mengurangkan masalah berat badan.Kajian di dalam Jurnal Nutrisi juga membuktikan bahawa orang yang bersenam semasa berpuasa akan mengurangkan berat badan dengan cepat daripada orang yang bersenam tetapi tidak berpuasa.
Manakala Dohm dan rakan-rakan (2008), dalam kajiannya membuktikan bahawa kandungan glukos dalam darah dapat dikekalkan walaupun kita bersenam sambil berpuasa. Jadi puasa bukanlah menjadi alasan kita untuk tidak bersenam.Malah kita juga digalakkan untuk bersenam selepas berbuka puasa seperti melakukan sembahyang Terawih di mana sembahyang juga adalah salah satu bentuk senaman yang baik untuk diamalkan. Jadi janganlah risau anda akan kehilangan tenaga apabila melakukan bersenam kerana sumber tenaga untuk bersenam bukan hanya diperoleh daripada sumber makanan yang kita makan tetapi tenaga juga diperoleh daripada simpanan lemak yang dihasilkan daripada aktiviti penghadaman selama sebelas bulan kita tidak berpuasa.Kajian juga mengatakan bahawa aktiviti pencernaan makanan memerlukan 14 jam untuk disempurnakan sehingga ke usus besar selepas pengambilan makanan bagi menghasilkan tenaga dan zat-zat yang diperlukan badan untuk berfungsi normal.Biasanya puasa mengambil masa kurang daripada 14 jam di mana tempoh ini dipanggil tempoh normal badan bagi mengekalkan aktiviti fisiologinya.
Ini membuktikan ibadah puasa tidak akan memudaratkan sistem-sistem sedia ada pada badan walaupun semasa berpuasa kecuali jika kita mengalami masalah penyakit-penyakit kronik.Kajian Karli dan rakan-rakan (2007) di dalam Jurnal Sains Sukan dan Perubatan juga menyatakan bahawa puasa tidak akan memberi kesan negatif terhadap jumlah cecair badan, komposisi badan, kapasiti dan kuasa otot serta metabolisme asid laktik iaitu hasil perkumuhan otot dan penggunaan tenaga selepas senaman di kalangan atlet-atlet yang melakukan senaman rintangan tinggi.
Langkah-langkah berikut perlu diambil jika sekiranya anda ingin bersenam pada bulan puasa:
Kenali keupayaan diri anda sebelum melakukan senaman melalui sejarah perubatan atau penyakit terdahulu.Dapatkan nasihat doktor atau ahli fisioterapi tentang jenis senaman yang sesuai.Memikirkan faktor-faktor dalaman atau luaran yang boleh menyebabkan kecederaan seperti kandungan air badan, cuaca atau peralatan sukan yang digunakan.Mulakan senaman dengan aktiviti memanaskan badan dan melenturkan tisu badan dan otot dan mengakhiri senaman dengan aktiviti menyejukkan badan dalam jangka masa sekurang-kurangnya 5 - 10 minit untuk keseluruhan senaman ini.
Lakukan senaman pilihan anda sama ada senaman untuk menguatkan otot, meningkatkan ketahanan jantung atau paru-paru dengan aerobik atau sukan lain seperti badminton dan sebagainya. Jangka masa, bebanan atau kekerapan ulangan memainkan peranan penting bagi menentukan intensiti senaman. Mulakan dengan intensiti yang rendah di awal Ramadan dan boleh ditingkatkan 10 -15 peratus senaman setiap minggu mengikut keupayaan dan tujuan anda bersenam. Anda tahu keupayaan diri anda, elakkan bersenam jika sekiranya badan anda tidak berupaya melakukan senaman seperti demam, kekurangan cecair badan atau mengalami komplikasi penyakit terdahulu seperti tekanan darah tinggi atau kencing manis.
Persediaan secara psikologi juga memain kejayaan aktiviti senaman pada bulan puasa ini seperti mengetahui fisiologi badan semasa berpuasa, tenang, minat dan mengetahui tujuan serta aktiviti senaman yang akan dilakukan.Walau bagaimanapun, anda perlulah mendapatkan nasihat doktor atau ahli fisioterapi jika sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis atau jantung.Dengan bersenam juga dapat meningkatkan fizikal dan rohani anda bagi menghadapi cabaran-cabaran pada bulan Ramadan seperti bertarawih sepanjang malam yang memerlukan ketahanan minda dan kekuatan otot terutama pada bahagian kaki.
Read more...

Khamis, 27 Ogos 2009

PADAH BERMAIN MERCUN

Sempena bulan Ramadhan yang sedang kita lalui dan Syawal yang akan menjelang, satu nasihat yang sangat berguna. JANGAN MAIN MERCUN kepada semua murid dan guru-guru SK Taman Perling.







Gambar Ihsan,
sumber: Berita Harian.







..
Read more...

Jumaat, 21 Ogos 2009

SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN

Selamat Berpuasa kepada semua warga kerja SK Taman Perling, Guru-guru, murid-murid dan semua muslimin dan muslimat. semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.


..
Read more...

Rabu, 19 Ogos 2009

UCAPAN SYABAS DAN TAHNIAH

Kami semua warga guru, kakitangan dan murid-murid SK Taman Perling mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada Tuan Guru Besar, En Mohammed Noor bin Basiron kerana telah berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya dan menerima Ijazah dimajlis konvokesyen pada 17 Ogos 2009 di Universiti Teknologi Malaysia.





..
Read more...

PENGESAHAN MURID TAHUN 1, 2010


..
Read more...

Selasa, 18 Ogos 2009

TAYANGAN SCHOOL ATTACK (TV3)

TAYANGAN SCHOOL ATTACK (TV3) SEMPENA DENGAN BULAN KEMERDEKAAN




22 & 23 OGOS 2009 (10.58 Pagi)
29 & 30 OGOS 2009 (10.58 Pagi)
Kepada semua warga SK Taman Perling, jangan ketinggalan untuk menyaksikan di layar TV anda seperti jadual diatas.
sekian.
..
Read more...

Isnin, 17 Ogos 2009

KARNIVAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH NEGERI JOHOR 2009








Wakil tunggal Prasekolah SK Taman Perling mewakili Daerah Johor Bahru telah mendapat Naib Johan dalam kategori Nyanyian Solo di Karnival Pendidikan Prasekolah Peringkat Negeri Johor 2009 yang berlangsung di Hotel Selesa, Pasir Gudang.

Berikut adalah keputusan keseluruhan dalam Karnival tersebut:
Johan : Daerah muar
N. Johan : Daerah Johor Bahru
Ketiga : Daerah Pontian
Untuk melihat gambar-gambar sepanjang berlangsung Karnival tersebut,


..

Read more...

Khamis, 13 Ogos 2009

SEKITAR MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIN

Read more...