SK Taman Perling: September 2009
...::::SYABAS DAN TAHNIAH SK TAMAN PERLING JB KERANA TERPILIH OLEH JPN JOHOR UNTUK MELAKSANAKAN SEKOLAH RINTIS TAHUN 2009 DENGAN FOKUS KEPADA SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI MS ISO 9001: 2008 ::::.....

...::: PANORAMA SKTP :::...

..:: PENDAFTARAN ON LINE PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 ::..

..:: PENDAFTARAN ON LINE PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 ::..
TEKAN DI SINI

Jumaat, 18 September 2009

CUTI PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI 2009

Read more...

Rabu, 16 September 2009

SEKITAR MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN MAJLIS PEMYAMPAIAN SUMBANGAN FAKIR MISKIN SK TAMAN PERLING 2009

Read more...

Sabtu, 12 September 2009

KAD UCAPAN UNTUK SEMUA

Bersempena dengan Syawal yang akan menjelang tiba, kepada semua warga SKTP, Pengunjung Web Rasmi ini, Pihak admin dengan berbesar hati menyediakan ruang untuk membuat kad ucapan versi -e untuk dipaparkan dalam blog masing-masing.



Click disini, dan ikut arahan seterusnya. Terima kasih.


atau




..
Read more...

Khamis, 10 September 2009

PANORAMA SEKITAR UPSR 2009

Read more...

Selasa, 8 September 2009

KEPADA SEMUA CALUN UPSR 2009 SK TAMAN PERLING

School Myspace Comments
MyNiceSpace.com Read more...

Isnin, 7 September 2009

MAJLIS RESTU ILMU

7 September 2009, Satu Majlis Restu Ilmu telah diadakan di Dewan SK Taman Perling untuk murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada esok hari.
Taklimat oleh SU Peperiksaan Cikgu Bahari bin Suwardi.





Sentuhan dan amanat oleh guru-guru kelas tahun 6. Pn Maimon, Pn Norliza, Pn. Sofiah, Pn Shamini dan Pn Rozana b. Robani.



Sumbang saran dari Kaunselor SK Taman Perling Pn Reha binti Jaafar, GPK Kurikulum
Pn Rabitah Ab Ghafar.


Guru Besar En Mohamed Noor Basiron menyampaikan amanat kepada semua calon dan Ucapan daripada YDP PIBG, Ym Ungku A. Majid b. Ungku A. Rahman Alhaj.




Penyerahan alat tulis sumbanga PIBG Sk Taman Perling kepada semua calon UPSR 2009.





Ceramah Motivasi terakhir oleh Ustaz Hafiz bin Subahir kepada semua murid-murid tahun 6.







Sesi bersalaman dan memohon kemaafan serta restu daripada guru-guru yang telah mengajar tahun 6 2009.





..

Read more...

Sabtu, 5 September 2009

AKTIVITI GURU 5 SEPTEMBER 2009

Tahniah diucapkan kepada semua guru SK Taman Perling kerana dapat hadir pada 5 September 2009 walaupun berada didalam bulan Ramadhan. Puasa tidak menjadi halangan bagi kita sama-sama menjalankan tugas untuk mencapai kecemerlangan.


Mendengar amanat dan arahan daripada Tn Guru Besar, En Mohamed Noor bin Basiron di bilik Gerakan PIBG SK Taman Perling sebelum melakukan Aktiviti seterusnya.
Sebahagian daripada guru yang hadir terus menjalankan kelas tambahan tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang akan menjelang beberapa jam lagi. Guru-guru yang lain mendengar taklimat daripada Cikgu Suhaili mengenai Kajian Tindakan.

Setelah menerima arahan dan tugasan masing-masing, semua guru menyiapkan dengan penuh komitmen. fail-fail SPSK telah berjaya disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan.





Sebelum bersurai, mendengar pula Taklimat Peperiksaan oleh Cikgu Bahari b. Suwardi tentang perjalanan dan perlaksanaan peperiksaan UPSR 8-10 september 2009.
..

Read more...

Jumaat, 4 September 2009

PENANGGUHAN P&P KERANA PEPERIKSAAN UPSR 2009








..
Read more...

Selasa, 1 September 2009

SENAMAN DALAM BULAN PUASA

PUASA memberi kesan yang baik terhadap keseluruhan sistem badan manusia terutama sistem penghadaman. Secara amnya, berpuasa dapat memberi kesan terhadap sistem tubuh badan, minda serta psikologi dan rohani.

Tubuh badan kita sentiasa terdedah kepada bahaya toksin atau radikal bebas yang menjadi faktor kepada jangkitan penyakit atau kecederaan.Tabiat pemakanan yang tidak berkhasiat, pencemaran alam sekitar dan tekanan dalam menjalani kehidupan seharian menyebabkan banyak toksin berkumpul di dalam badan. Justeru itu, dengan berpuasa dapat merehatkan sistem organ dalaman, mengekalkan serta menyeimbangkan sistem hormon, metabolisma dan sistem saraf.Menurut kajian, dengan berpuasa otak akan mengeluarkan bahan yang berbentuk opioids yang terdiri daripada enkephalins dan endorfin.
Bahan kimia ini akan menghasilkan ketenangan sepanjang menjalani ibadah berpuasa. Secara tidak langsung psikologi kita akan lebih tenang dan lebih rasional untuk bertindak balas terhadap rangsangan yang tidak diingini seperti tidak cepat marah dan lebih bersabar apabila ditimpa musibah.
Senaman dan berpuasa.
Adakah senaman selamat untuk diamalkan semasa berpuasa? Persoalan ini selalu bermain di minda kita terutama jika kita seorang yang aktif bersenam atau beriadah. Pengkaji-pengkaji Barat telah membuktikan bahawa aktiviti bersukan, bersenam dan beriadah adalah selamat semasa berpuasa.Secara asasnya, sistem badan yang terlibat semasa bersenam meliputi sistem jantung, paru-paru dan peredaran darah, sistem otot dan tulang, sistem limfa serta sistem badan yang lain.
Bersenam semasa berpuasa boleh meningkatkan fungsi sistem-sistem ini menyingkirkan hasil perkumuhan badan dan toksin yang menjadi faktor berlakunya penyakit keluar daripada badan.Kajian di dalam Jurnal Aplikasi Fisiologi membuktikan bahawa bersenam sebelum, semasa dan selepas berbuka puasa boleh mengurangkan kehilangan glikogen di dalam sistem otot dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga daripada lemak untuk bersenam. Ini sekali gus dapat mengurangkan kandungan lemak di dalam badan kita dan dapat mengurangkan masalah berat badan.Kajian di dalam Jurnal Nutrisi juga membuktikan bahawa orang yang bersenam semasa berpuasa akan mengurangkan berat badan dengan cepat daripada orang yang bersenam tetapi tidak berpuasa.
Manakala Dohm dan rakan-rakan (2008), dalam kajiannya membuktikan bahawa kandungan glukos dalam darah dapat dikekalkan walaupun kita bersenam sambil berpuasa. Jadi puasa bukanlah menjadi alasan kita untuk tidak bersenam.Malah kita juga digalakkan untuk bersenam selepas berbuka puasa seperti melakukan sembahyang Terawih di mana sembahyang juga adalah salah satu bentuk senaman yang baik untuk diamalkan. Jadi janganlah risau anda akan kehilangan tenaga apabila melakukan bersenam kerana sumber tenaga untuk bersenam bukan hanya diperoleh daripada sumber makanan yang kita makan tetapi tenaga juga diperoleh daripada simpanan lemak yang dihasilkan daripada aktiviti penghadaman selama sebelas bulan kita tidak berpuasa.Kajian juga mengatakan bahawa aktiviti pencernaan makanan memerlukan 14 jam untuk disempurnakan sehingga ke usus besar selepas pengambilan makanan bagi menghasilkan tenaga dan zat-zat yang diperlukan badan untuk berfungsi normal.Biasanya puasa mengambil masa kurang daripada 14 jam di mana tempoh ini dipanggil tempoh normal badan bagi mengekalkan aktiviti fisiologinya.
Ini membuktikan ibadah puasa tidak akan memudaratkan sistem-sistem sedia ada pada badan walaupun semasa berpuasa kecuali jika kita mengalami masalah penyakit-penyakit kronik.Kajian Karli dan rakan-rakan (2007) di dalam Jurnal Sains Sukan dan Perubatan juga menyatakan bahawa puasa tidak akan memberi kesan negatif terhadap jumlah cecair badan, komposisi badan, kapasiti dan kuasa otot serta metabolisme asid laktik iaitu hasil perkumuhan otot dan penggunaan tenaga selepas senaman di kalangan atlet-atlet yang melakukan senaman rintangan tinggi.
Langkah-langkah berikut perlu diambil jika sekiranya anda ingin bersenam pada bulan puasa:
Kenali keupayaan diri anda sebelum melakukan senaman melalui sejarah perubatan atau penyakit terdahulu.Dapatkan nasihat doktor atau ahli fisioterapi tentang jenis senaman yang sesuai.Memikirkan faktor-faktor dalaman atau luaran yang boleh menyebabkan kecederaan seperti kandungan air badan, cuaca atau peralatan sukan yang digunakan.Mulakan senaman dengan aktiviti memanaskan badan dan melenturkan tisu badan dan otot dan mengakhiri senaman dengan aktiviti menyejukkan badan dalam jangka masa sekurang-kurangnya 5 - 10 minit untuk keseluruhan senaman ini.
Lakukan senaman pilihan anda sama ada senaman untuk menguatkan otot, meningkatkan ketahanan jantung atau paru-paru dengan aerobik atau sukan lain seperti badminton dan sebagainya. Jangka masa, bebanan atau kekerapan ulangan memainkan peranan penting bagi menentukan intensiti senaman. Mulakan dengan intensiti yang rendah di awal Ramadan dan boleh ditingkatkan 10 -15 peratus senaman setiap minggu mengikut keupayaan dan tujuan anda bersenam. Anda tahu keupayaan diri anda, elakkan bersenam jika sekiranya badan anda tidak berupaya melakukan senaman seperti demam, kekurangan cecair badan atau mengalami komplikasi penyakit terdahulu seperti tekanan darah tinggi atau kencing manis.
Persediaan secara psikologi juga memain kejayaan aktiviti senaman pada bulan puasa ini seperti mengetahui fisiologi badan semasa berpuasa, tenang, minat dan mengetahui tujuan serta aktiviti senaman yang akan dilakukan.Walau bagaimanapun, anda perlulah mendapatkan nasihat doktor atau ahli fisioterapi jika sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis atau jantung.Dengan bersenam juga dapat meningkatkan fizikal dan rohani anda bagi menghadapi cabaran-cabaran pada bulan Ramadan seperti bertarawih sepanjang malam yang memerlukan ketahanan minda dan kekuatan otot terutama pada bahagian kaki.
Read more...