SK Taman Perling: Ogos 2009
...::::SYABAS DAN TAHNIAH SK TAMAN PERLING JB KERANA TERPILIH OLEH JPN JOHOR UNTUK MELAKSANAKAN SEKOLAH RINTIS TAHUN 2009 DENGAN FOKUS KEPADA SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI MS ISO 9001: 2008 ::::.....

...::: PANORAMA SKTP :::...

..:: PENDAFTARAN ON LINE PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 ::..

..:: PENDAFTARAN ON LINE PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 ::..
TEKAN DI SINI

Khamis, 27 Ogos 2009

PADAH BERMAIN MERCUN

Sempena bulan Ramadhan yang sedang kita lalui dan Syawal yang akan menjelang, satu nasihat yang sangat berguna. JANGAN MAIN MERCUN kepada semua murid dan guru-guru SK Taman Perling.







Gambar Ihsan,
sumber: Berita Harian.







..
Read more...

Jumaat, 21 Ogos 2009

SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN

Selamat Berpuasa kepada semua warga kerja SK Taman Perling, Guru-guru, murid-murid dan semua muslimin dan muslimat. semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.


..
Read more...

Rabu, 19 Ogos 2009

UCAPAN SYABAS DAN TAHNIAH

Kami semua warga guru, kakitangan dan murid-murid SK Taman Perling mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada Tuan Guru Besar, En Mohammed Noor bin Basiron kerana telah berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya dan menerima Ijazah dimajlis konvokesyen pada 17 Ogos 2009 di Universiti Teknologi Malaysia.





..
Read more...

PENGESAHAN MURID TAHUN 1, 2010


..
Read more...

Selasa, 18 Ogos 2009

TAYANGAN SCHOOL ATTACK (TV3)

TAYANGAN SCHOOL ATTACK (TV3) SEMPENA DENGAN BULAN KEMERDEKAAN




22 & 23 OGOS 2009 (10.58 Pagi)
29 & 30 OGOS 2009 (10.58 Pagi)
Kepada semua warga SK Taman Perling, jangan ketinggalan untuk menyaksikan di layar TV anda seperti jadual diatas.
sekian.
..
Read more...

Isnin, 17 Ogos 2009

KARNIVAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH NEGERI JOHOR 2009








Wakil tunggal Prasekolah SK Taman Perling mewakili Daerah Johor Bahru telah mendapat Naib Johan dalam kategori Nyanyian Solo di Karnival Pendidikan Prasekolah Peringkat Negeri Johor 2009 yang berlangsung di Hotel Selesa, Pasir Gudang.

Berikut adalah keputusan keseluruhan dalam Karnival tersebut:
Johan : Daerah muar
N. Johan : Daerah Johor Bahru
Ketiga : Daerah Pontian
Untuk melihat gambar-gambar sepanjang berlangsung Karnival tersebut,


..

Read more...

Khamis, 13 Ogos 2009

SEKITAR MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIN

Read more...

Rabu, 12 Ogos 2009

LAWATAN GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

Pada 11 Ogos 2009, seramai 70 orang guru pelatih dan 2 orang pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus Temenggung Ibrahim telah mengadakan lawatan ke Pendidikan Khas SK Taman Perling.






.


Read more...

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN MEMBACA SURAH YAASIN

Sempena dengan cuaca dan persekitaran yang kurang menyenangkan serta murid-murid SK Taman Perling akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi, Majlis Solat Hajat dan Membaca Yaasin akan berlangsung mengikut ketetapan seperti berikut:-
Tarikh : 13 Ogos 2009
Hari : Khamis (malam jumaat)
Masa : 6.30 petang - 10.00 mlm.
Tempat: Dewan Utama, SK Taman Perling.

Kepada semua Ibubapa/Penjaga murid tahun 6 dan semua guru dijemput untuk mengimarahkan dan melancarkan majlis ini dengan jayanya.
Terima Kasih.
..
Read more...

MARILAH KITA SAMA-SAMA BERDOA


Read more...

Selasa, 11 Ogos 2009

TARIKH BARU UPPM 4 & PKBS 2

Makluman kepada semua murid, Ibubapa dan warga SKTP

Tarikh peperiksaan UPPM 4 (thn 6) dan PKBS 2 (thn 1-5) akan ditunda pada 18 Ogos 2009.

Sebarang maklumat terkini sila layari:

http://peperiksaansktp.blogspot.com/






..
Read more...

TAKLIMAT LANGKAH-LANGKAH MENANGANI WABAK INFLUENZA A (H1N1) UNTUK SEMUA GURU SK TAMAN PERLING

Read more...

Jumaat, 7 Ogos 2009

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI H1N1

Berikut disertakan panduan dan langkah-langkah menangani H1N1.
..
Read more...

Khamis, 6 Ogos 2009

MESYUARAT AJK PIBG KALI KE 3 PENGGAL KE-2.

Dengan segala hormatnya perkara diatas akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:-

Tarikh : 7.8.2009 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Bilik Gerakan PIBG, SKTP.


Sehubungan dengan itu, semua AJK PIBG dapat menghadirkan diri mengikut ketetapan tersebut. Read more...

LANGKAH PENCEGAHAN H1N1 DI SK TAMAN PERLING

Semua murid SK Taman Perling digalakkan untuk memakai mask (topeng Muka) bagi langkah berjaga-jaga mengelakkan penularan virus influanza A. Berikut sedikit gambaran untuk tatapan semua.







..
Read more...

H1N1 (Panduan Memakai Topeng Muka)



1. Basuh tangan sebelum memakai dan selepas menanggalkan topeng muka.


2. Tetulang besi ialah bahagian atas.


3. Arah lipatan mengarah ke bawah ialah bahagian luar.


4. Letak getah topeng muka dengan kemas di belakang telinga (jika jenis tali ikat dengan kemas belakang kepala).


5. Topeng muka mesti menutupi hidung, mulut dan dagu.


6. Tetulang besi hendaklah tekan mengikut bentuk hidung dan muka.


7. Jangan sentuh permukaan topeng muka untuk mengelakkan pencemaran.


8. Apabila menanggalkan topeng muka, elakkan menyentuh bahagian luar kerana bahagian ini kemungkinan mengandungi kuman.


9. Buang topeng muka yang telah digunakan dengan melipat ke dalam bahagian luar atau bungkus dalam beg plastik sebelum buang dalam tong sampah.


10. Ganti topeng muka jika ianya rosak, basah atau berhabuk.



KEPADA IBU BAPA DAN PENJAGA BEKALKAN KEPADA ANAK-ANAK SABUN BASUH TANGAN SEKIRANYA SEKOLAH TIDAK MENYEDIAKAN SABUN UNTUK MEMBASUH TANGAN
Read more...

Rabu, 5 Ogos 2009

PELAJAR SK TAMAN PERLING TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA

Pada 2hb Ogos kira-kira jam 6.30 petang, Adik Mohd Syaid Fikri bin Mohd Hadad telah terlibat dalam kemalangan jalanraya yang melibatkan sebuah teksi dan basikal. Adik Mohd Syaid Fikri merupakan seorang pengawas sekolah yang belajar di kelas 2 Bestari, telah mengalami kecederaan parah sehingga di masukkan ke ICU Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Berikut adalah lawatan Tuan Guru Besar, En Mohamed Noor bin Basiron bersama beberapa orang guru dan ketika itu keadaannya semakin stabil serta dimasukkan ke wad 5 barat. kami pihak sekolah berdoa dan berharap agar kecederaan yang dialami akan cepat sembuh dan dapat mengikuti sesi persekolahan seperti biasa. Pesanan daripada Tuan Guru Besar kepada semua Murid-murid SK Taman Perling agar sentiasa berhati-hati walau dimana jua anda berada.









..
Read more...

Ahad, 2 Ogos 2009

=== AL-FATIHAH ===

Hari ini 2 Ogos 2009 (Ahad), anak Cikgu Abd Shukor (Mohd Syakir) telah kembali ke rahmatullah kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 29 Julai 2009. Alahyarham telah menerima rawatan di ICU, Hospital Sultanah Aminah JB selama 4 hari. Kami warga SK Taman Perling mengucapkan Takziah kepada keluarga Cikgu Shukor dan Pn Roskidah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dalam golongan orang yang beriman. == Al- Fatihah ==
Read more...