SK Taman Perling: Julai 2009
...::::SYABAS DAN TAHNIAH SK TAMAN PERLING JB KERANA TERPILIH OLEH JPN JOHOR UNTUK MELAKSANAKAN SEKOLAH RINTIS TAHUN 2009 DENGAN FOKUS KEPADA SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI MS ISO 9001: 2008 ::::.....

...::: PANORAMA SKTP :::...

..:: PENDAFTARAN ON LINE PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 ::..

..:: PENDAFTARAN ON LINE PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 ::..
TEKAN DI SINI

Ahad, 26 Julai 2009

JOHAN NYANYIAN SOLO DAERAH JOHOR BAHRU

Pada 25 Julai 2009, Karnival Prasekolah Peringkat Daerah Johor Bahru telah berlangsung di SK Angkatan Tentera. Prasekolah SK Taman Perling telah menghantar seorang wakil dalam acara Nyanyian Solo bagi mewakili Zon Skudai ke Karnival tersebut. Adik Muhammad Ariff Idham b. Saiful Harizal telah mendapat Johan dan melayakkan untuk mewakili Daerah Johor Bahru ke peringkat Negeri yang akan berlangsung pada 15 Ogos 2009 yang akan berlangsung di Daerah Pasir Gudang selaku Tuan Rumah. Kami warga SKTP berdoa agar Adik Muhammad Ariff Idham akan mendapat kejayaan di peringkat Negeri dengan mengharumkan Daerah Johor Bahru dan SK Taman Perling khasnya.




.. Piala, sijil dan cenderamata disampaikan semula ketika Perhimpunan Mingguan oleh Tuan Guru Besar SKTP, En Mohamed Noor bin Basiron.




..
Read more...

Khamis, 23 Julai 2009

LANGKAH KESELAMATAN PERSEKITARAN SK TAMAN PERLING

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada pihak pentadbir SK Taman Perling kerana telah mengambil langkah keselamatan bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak di ingini seperti kecederaan dan sebagainya. Atas sebab itu semua kawasan-kawasan yang difikirkan menimbulkan bahaya telah di cat dengan cat berwarna kuning seperti di tepi padang, tepi longkang sepanjang coridor kelas dan kawasan susur gajah dari dewan dan makmak komputer serta kawasan naik dan turun tangga bersebelahan kantin. berikut sedikit gambaran untuk tatapan semua.







..
Read more...

MANGSA RAGUT DI TAMAN PERLING JB.

Untuk makluman dan panduan kepada semua, semoga sentiasa mengawasi diri sendiri dan terhindar daripada kes ragut. Terima Kasih.








.. Read more...

Selasa, 21 Julai 2009

SCIENCE WEEK 2009 "LET'S HAVE FUN WITH SCIENCE"

Mulai Isnin 20 Julai 2009 sehingga Jumaat 24 Julai 2009, Panitia Sains mengadakan "Science Week 2009" .Berikut adalah sedikit maklumat dan aktiviti2 yang akan dijalankan.





Read more...

BACAAN YAASIN DAN TAZKIRAH TAHUN 4 DAN TAHUN 5

Berikut adalah Jadual Agihan Tugas Bacaan Yaasin dan Tazkirah Tahun 4 dan Tahun 5 mulai 17 Julai 2009 sehingga 04 September 2009.


Read more...

PROGRAM SOLAT HAJAT, BACAAN YAASIN DAN TAKLIMAT MOTIVASI TAHUN 6

Berikut adalah Jadual Agihan Tugas seperti perkara diatas bermula 17 Julai 2009 sehingga 04 September 2009. (Double Click pada lampiran untuk melihat jadual dengan lebih jelas)


Read more...

Sabtu, 18 Julai 2009

KURSUS LADAP KE-4

Hari ini 18 Julai telah diadakan Kursus Membina Laman Blog untuk semua guru-guru SK Taman Perling. Satu pendedahan yang baru di Alam Cyber menuju puncak kegemilangan SK Taman Perling seiring dengan Perkembangan Teknologi Maklumat. Kursus ini diadakan 2 sesi dengan slot pertama lebih kepada teori dan pendedahan disampaikan oleh Cikgu Zainal bin Somingan dan slot kedua pula lebih kepada Amali untuk menghasilkan blog mengikut tugasan masing-masing yang telah ditetapkan dan Cikgu Zainal tidak keseorangan dengan dibantu oleh Ustaz Sahrin Abd Razak, Cikgu Umi Khalthum binti Ibrahim dan Cikgu Sharieda bt Mohd Salleh selaku fasilitator. peserta telah dibahagikan kepada 2 kumpulan di makmal 1 dan makmal 2 SK Taman Perling. Berikut sedikit gambaran Kursus Membina Laman Blog SK Taman Perling.




















..
Hasil dapatan kursus ini, semakin ramai guru-guru SK Taman Perling boleh berblog dan menjadi blogger. clik sahaja di pautan Panitia dan senarai guru. Harap Maaf masih banyak lagi kekurangan, dengan berbekalkan nota dan edaran yang dibekalkan diharap dapat mengemaskini dan memurnikan lagi blog anda semua.
Jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong usaha murni ini. TQ.
jumpa lagi........................................
Read more...

Selasa, 14 Julai 2009

PRASEKOLAH SK TAMAN PERLING CEMERLANG LAGI......

Pada hari sabtu 11 Julai yang lalu, Karnival Prasekolah telah diadakan di SK Kompleks Uda bagi peringkat Zon Skudai 2009. Prasekolah SK Taman Perling menonjolkan bakat terpendam setelah berhempas pulas berlatih dibawah bimbingan Cikgu Nasitof. Setelah cemerlang dalam Kejohanan Olahraga Prasekolah sehingga ke peringkat negeri yang berlangsung di Mersing, kini tiba masanya untuk kami menunjukkan bakat terpendam pula. Prasekolah SK Taman Perling berjaya mendapat Johan bagi kategori Nyanyian Solo (Adik Mohamad Arif Idham bin Saiful Hazizal) dan Tempat Ke 3 bagi kategori Sajak (Adik Nor Syahira Amira bt Sahrul Azmi).




..
Read more...

Isnin, 13 Julai 2009

PEPERIKSAAN SETARA UPPM 3 SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR




Read more...

Khamis, 9 Julai 2009

PROGRAM UJIAN MENGENALPASTI BAKAT ATLIT (TID) PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

Program Ujian Mengenalpasti Bakat Atlit (TID) Peringkat Kebangsaan 2009, akan berlangsung di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil pada 10 - 14 Julai 2009. Program ini dijalankan bertujuan untuk memilih pelajar-pelajar ke Sekolah Sukan Malaysia dan Sekolah Sukan Negeri 2010. seorang pelajar SK Taman Perling telah terpilih untuk menyertai program ini kerana kecemerlangannya dalam sukan hoki sehingga mewakili Johor ke peringkat kebangsaan. Beliau ialah Ahmad Razlan bin Ahmad Rafi. Kami warga SKTP mengucapkan syabas dan tahniah semoga terpilih untuk ke Sekolah Sukan 2010 dan seterusnya mengembangkan bakat sehingga mencapai kecerlangan ke peringkat tertinggi.

Read more...

Isnin, 6 Julai 2009

SK Taman Perling (School Attack TV3)

Berikut sedikit gambaran sekitar School Attack TV3 di SK Taman Perling.

Read more...