SK Taman Perling: Jun 2009
...::::SYABAS DAN TAHNIAH SK TAMAN PERLING JB KERANA TERPILIH OLEH JPN JOHOR UNTUK MELAKSANAKAN SEKOLAH RINTIS TAHUN 2009 DENGAN FOKUS KEPADA SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI MS ISO 9001: 2008 ::::.....

...::: PANORAMA SKTP :::...

..:: PENDAFTARAN ON LINE PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 ::..

..:: PENDAFTARAN ON LINE PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 ::..
TEKAN DI SINI

Ahad, 28 Jun 2009

MAJLIS TAHLIL DAN KESYUKURAN HARRIS IKHWAN

Hari ini keluarga Cikgu Bahtiar telah menjemput semua guru dan kakitangan SKTP ke Majlis Tahlil (Arwah Badiozaman, adik beliau) ALFATIHAH dan majlis kesyukuran (Harris Ikhwan, anak beliau). Tahniah, semoga apa yang dirancang di hari-hari mendatang akan bertambah seri dengan kehadiran cahayamata dan dengan kehadiran Guru Besar ke majlis ini menceriakan lagi suasana. Berikut petikan sekitar majlis tersebut.












..
Read more...

Sabtu, 27 Jun 2009

UJIAN GERAK GEMPUR 1, 2009




Read more...

Jumaat, 26 Jun 2009

MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT TN HJ ABD RAHIM BIN MAHDON

Bersempena dengan hari Terbuka SK Taman Perling, Tn Hj Abd Rahim bin Mahdon (GPK Petang) telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan doa selamat serta menjamu semua guru-guru dan kakitangan SK Taman Perling dan berdoa semoga mendoakan kesejahteraannya sekeluarga kerana beliau telah selamat menjalani pembedahan sebanyak 2 kali. semoga dengan doa daripada rakan-rakan guru, beliau akan dapat menjalankan tugas seperti biasa.




















. Read more...

HARI TERBUKA SK TAMAN PERLING

Gambar-gambar sekitar Hari Terbuka SK Taman Perling.






















.

Read more...

JEMPUTAN HARI TERBUKA SK TAMAN PERLING JOHOR BAHRU


Read more...

SENARAI BAYARAN TAMBAHAN SK TAMAN PERLING 2009


Read more...

Rabu, 24 Jun 2009

MESYUARAT GURU SKTP KALI KE-6

Mesyuarat Guru Kali ke -6. dihadiri oleh semua guru-guru sesi petang.







Semua guru-guru sesi pagi.
Read more...

PERSEMBAHAN TEATER MUZIKAL "MONEY,MONEY,MONEY"

Pada 23hb yang lalu, satu persembahan teater telah berlangsung di Dewan Muafakat SK Taman perling dengan tajuk "Money, Money, Money". untuk makluman teater muzikal ini dipersembahkan diatas arahan Cikgu Zaidi bin Hamis. Agent Penny Project ini dengan kerjasama MINDS (persatuan rekacipta malaysia) dengan tajaan oleh Citi Bank Foundation. Pementasan ini dianggotai oleh 45 orang murid-murid SK Taman Perling dan diakhir program telah diadakan kuiz untuk menguji minda dan beberapa hadiah menarik telah dimenangi oleh murid-murid SK Taman Perling.












.
Read more...

MESYUARAT AJK PIBG SK TAMAN PERLING KALI KE 2

Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat yang tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:-


Tarikh : 24.6.2009 (Rabu)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Bilik Gerakan PIBG, SKTP







.. Read more...

GURU PRAKTIKUM KPLI/IPTI

Pada Isnin yang lalu, 4 orang guru pelatih KPLI dari Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggung Ibrahim telah melapor diri untuk menjalani latihan praktikum selama 14 minggu di SK Taman Perling seperti senarai berikut:
1) Cikgu Norhanani Bt Abd Ghani
2) Cikgu Zaifaidryzal lyla Bt Tahir
3) Cikgu Shah Fawati Bt Yusop
4) Cikgu Nurdalina Bt Ali
Pihak SK Taman Perling mengucapkan selamat menjalani latihan praktikum dan tinbalah Ilmu sebanyak yang mungkin untuk bekalan menceburi bidang guru yang semakin mencabar.
" SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG"
.
Read more...

Isnin, 22 Jun 2009

PATAH TUMBUH, HILANG BERGANTI

Hari ini SK Taman Perling mengalu-alukan kedatangan Pn Rabitah binti A.Ghaffar selaku Guru Penolong Kanan 1 menggantikan Tn Hj Abd Aziz bin Mahmood yang telah berpindah menjadi Guru Besar di SK Sungai Melayu. Semoga dengan Kehadiran Pn Rabitah selaku GPK 1 akan dapat memantapkan organisasi SK Taman Perling.


Read more...

Jumaat, 19 Jun 2009

ANALISIS PENCAPAIAN TAHUN 6 (Sehingga Mei 2009)

Untuk makluman dan rujukan semua Guru-guru, Ibubapa penjaga dan Murid-murid Tahun 6 Sk Taman Perling 2009.


# sila clik pautan url dibawah.

- click disini -






.. Read more...

UJIAN LISAN BAHASA ARAB TAHUN 5





# Untuk melihat surat dengan lebih jelas, double click pada paparan.

Read more...

Selasa, 16 Jun 2009

JASAMU DIKENANG

Untuk makluman para ibu bapa dan guru-guru, sekolah kita bakal kehilangan seorang ketua, seorang pentadbir, seorang bapa dan seorang rakan. Apa yang saya maksudkan di sini adalah Sk Taman Perling akan kehilangan seorang guru penolong kanan yang begitu disayangi oleh warga SKTP, beliau adalah Tn Hj Abd Aziz bin mahmud yang akan berpindah menjadi Guru Besar ke sekolah SK Sungai Melayu. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih diatas jasa baik dan sumbangan beliau semasa berkhidmat di SKTP ini dan berharap agar beliau lebih berjaya dimasa hadapan. Kami semua pasti merindui saat-saat suka duka kita bersama di SKTP. Jutaan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kesalahan dan kesilapan, ampun dan maaf jua kami pinta.


Read more...

Ahad, 14 Jun 2009

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB PEPERIKSAAN UPSR

Bengkel Teknik Menjawab UPSR telah diadakan untuk calon-calon UPSR SK Taman Perling 2009. Teknik Menjawab Bahasa Melayu telah diadakan pada 2hb Jun 2009.


Teknik Menjawab Bahasa Melayu UPSR


Manakala Teknik Menjawab Matematik UPSR telah diadakan pada 30hb Mei 2009. Semoga calon-calon UPSR 2009 SK Taman Perling mendapat banyak manfaat daripada bengkel ini.

Teknik Menjawab Matematik UPSR

Read more...

KEJOHANAN HOKI MSSM 2009

Kejohanan Hoki MSSM 2009 telah berlangsung pada 3-8 Jun 2009 bertempat di Staduim Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak. Berikut sedikit bingkisan untuk tatapan semua.







Disediakan oleh :
zainal bin somingan
Pengurus Pasukan Hoki
SK Taman Perling 2009.
Read more...

BENGKEL KIA2M UNTUK GURU-GURU

Pada 2hb Jun yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Bengkel KIA2M untuk Guru-Guru Bahasa Melayu SKTP. Penceramah jemputan Dr Yeo Kee Jiar, Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia. Berikut sedikit Bingkisan untuk tatapan.








Read more...